Kerajaan hari ini bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Saguking Laut dan Kampung Sebor Baru di Labuan esok.
Bagaimanapun, kedua-dua kampung tersebut kini tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan Labuan yang masih berada di bawah PKPB.