Aziz M Osman pun kagum dengan Mael Totey, katanya selera orang tak sama... macam makan durian

2020-11-02 22

Pengarah Aziz M Osman berkata kejayaan filem Mael Totey membuat kutipan lebih RM4 juta membuktikan penonton tempatan menerima baik karya berkenaan.

Ujar Aziz, 58, walaupun ada segelintir pengkritik beranggapan Mael Totey tidak memenuhi kriteria filem yang sebenar, namun sebagai pengarah dia tidak bersetuju dengan pendapat itu.

“Sekarang ini zaman semuanya begitu subjektif, ini soal selera.

“Mael Totey dapat pungutan berjuta-juta ringgit semuanya bersebab... mereka ikut selera penonton.

“Sebahagian besar masyarakat kita dapat menerima Mael Totey, siapa kita untuk menilai!” katanya kepada mStar.

Tambahnya sebagai pengarah yang berpengalaman, dia tidak boleh terus leka dengan kejayaan yang lepas kerana kehendak penonton filem dan drama sentiasa berubah mengikut perubahan zaman.

Free Traffic Exchange