KKM: Satu pertiga kematian gelombang ketiga berlaku sebelum tiba di hospital

2020-10-28 265

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa hampir satu pertiga kematian Covid-19 yang berlaku dalam gelombang ketiga meninggal dunia sebelum tiba di hospital (BID = brought in dead).

Beliau turut mendedahkan bahawa 35 kes kematian di Sabah daripada 102 kematian dalam gelombang ketiga ini merupakan kes BID.