Kementerian Kesihatan tidak mengesyorkan untuk melaksanakan pilihan raya umum (PRU) selepas gelombang ketiga kes Covid-19 muncul susulan pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah
Bagaimanapun katanya, sekiranya PRU tidak dapat dielakkan, perlu pendekatan baharu untuk melaksanakan PRU antaranya tiada rentas negeri, ceramah umum dan kempen dari rumah ke rumah.