Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan dua lagi kematian menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 238 kes.
Kedua-dua kes kematian itu dikesan di Sabah.
Selain itu, 89 orang lagi pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi hari ini dan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.