Empat penjara di Selangor dan lima penjara di zon utara akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) mulai esok sehingga 4 November.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat setelah menilai keadaan Covid-19 semasa di institusi berkenaan.