Kementerian Kesihatan tidak akan mendedahkan mana-mana lokasi terperinci di mana Covid-19 dikesan bagi mengelakkan stigma, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Sebaliknya, KKM mengambil pendekatan untuk melakukan proses sanitasi di lokasi tersebut bagi memastikan ia selamat dan boleh dibuka kepada orang ramai.