Adaptasi daripada novel, drama Lelaki Lingkungan Cinta sudah mula menemui penonton bermula 21 Oktober 2020.
Drama terbitan Zeel Production ini berjaya mendapat trending di Twitter berikutan penonton begitu teruja dengan barisan pelakon yang terlibat.
Bagaimanapun ujar pengarah Emi Suffian, penglibatan ramai pelakon baharu dianggap sebagai cabaran untuknya.
“Pelakon dalam drama ini kebanyakannya baru, sebagai pengarah saya kena campurkan pelakon baru dan lama supaya tidak nampak kekok.
“Kami adakan sesi belajar belakon sebelum mereka masuk ke set dan hasilnya kita boleh nampak kebolehan mereka,” katanya kepada mStar.
Bagi penulis skrip Marr Mohamad, ia adalah pengalaman baharu dalam menulis skrip berdasarkan novel dan setiap perubahan dalam lakon layar sudah mendapat kebenaran daripada penulis novel.