Hanya industri yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan penjawat awam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam yang perlu mengikuti perintah kerja dari rumah untuk kawasan yang berada di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Ismail Sabri mengumumkan perkara itu dalam sidang media hariannya hari ini, hanya enam jam sebelum perintah itu berkuatkuasa.