Belum tahu bila PKPB berakhir, kata menteri kanan

2020-10-20 1,074

Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) untuk Sabah dan Lembah Klang sebelum ini masing-masing ditetapkan akan berakhir pada 26 dan 27 Okt.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata situasi tersebut masih boleh berubah-ubah.

Menurutnya, kerajaan masih belum tahu sekiranya PKPB akan disambung atau berakhir pada tarikh yang dinyatakan itu.