KKM: Belum ada jangkitan melalui kulit, hanya dikesan di kulit jenazah

2020-10-19 337

Kementerian Kesihatan hari ini menjelaskan, masih belum ada bukti bahawa penyebaran Covid-19 boleh berlaku melalui kulit walaupun virus itu telah dikesan berada di permukaan kulit jenazah.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham mengumumkan kajian yang dibuat oleh KKM terhadap jenazah pesakit Covid-19 mendapati virus itu masih berada di permukaan kulit jasad mangsa dan mampu hidup sehingga lebih sembilan jam.