Menteri: Lebih dua orang dalam satu kenderaan perlu mohon permit polis

2020-10-19 7,240

Kenderaan yang mahu membawa lebih daripada dua penumpang perlu memohon permit polis bagi mengelak ditahan semasa sekatan jalan raya, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, ia bergantung pada budi bicara pihak polis dan hanya boleh diberikan untuk kes-kes tertentu seperti ibu bapa yang tidak boleh meninggalkan anak kecil di rumah.