Pusat beli-belah 1 Utama dibenarkan beroperasi semula selepas tujuh hari diarah tutup untuk memudahkan penyaringan Covid-19 dan pembasmian kuman premis secara menyeluruh.
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat KKM dengan mengambil kira langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh pengurusan pusat beli-belah itu sejak pengesanan 4 kes positif awal yang menyebabkannya ditutup sejak 11 Oktober.