Dalam ucapannya yang pertama selepas tewas dalam pilihan raya negeri bulan lalu, Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal menyampaikan mesej kepada penyokongnya dengan menyatakan harapan agar parti itu dapat kembali memegang kuasa pada masa akan datang.
Dalam satu klip video 2 minit, bekas ketua menteri Sabah itu turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sabah kerana telah keluar mengundi dan menjelaskan beliau dan partinya akan meneruskan perjuangan untuk memperkuatkan parti dan negeri.