‘No more Mr Nice Guy’! Syamsul Yusof buat laporan polis selepas terima mesej ugutan

2020-10-13 24

Syamsul Yusof menerima mesej berbaur ugutan dan ancaman terhadap dirinya, anak dan isteri di Instagram daripada individu tidak dikenali.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, berkata, mesej dihantar individu yang menggunakan akaun bernama Velvetblack itu agak keterlaluan kerana ia melibatkan maruah dan keselamatan keluarganya.