Barisan Nasional (BN) dan Parti Cinta Sabah (PCS) memutuskan tidak menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata kes baru Covid-19 melonjak selepas PRN Sabah hingga mendorong pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di negeri itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung PCS, Ansari Abdullah berkata nyawa dan keselamatan rakyat mengatasi segala pertimbangan politik.