Menteri: Jabatan Penjara diarah bentangkan SOP baharu

2020-10-07 278

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengarahkan Jabatan Penjara untuk membentangkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu bagi mengekang penyebaran Covid-19 di dalam penjara.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, ini termasuk prosedur untuk membawa tahanan ke mahkamah dan memindahkan tahanan dari satu pusat ke pusat yang lain.

Beliau mengatakan dua lokasi terbesar wabak - Kedah dan Sabah - di mana kebanyakan kes berkaitan dengan pusat tahanan namun penyebaran ke masyarakat berjaya dibendung.

Free Traffic Exchange