Susulan kematian ahli parlimen Batu Sapi Liew Vui Keong, ada pihak mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya agar tidak mengadakan pilihan raya kecil dalam waktu terdekat.
Ini memandangkan penularan wabak Covid-19 yang semakin buruk di Sabah.
Namun menurut Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh, penangguhan pilihan raya melebihi 60 hari seperti yang diwajibkan oleh perlembagaan persekutuan tidak boleh dilakukan.