Dua lelaki ditahan, bantu siasatan pencemaran Sg Batang Benar

2020-10-07 287

Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pencemaran Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan dan Sungai Semenyih, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata kedua-dua lelaki itu, masing-masing berusia 30an dan 40an, ditahan di Kota Bharu, Kelantan ketika dalam perjalanan pulang ke Nilai.