Kempen PRN Sabah antara punca peningkatan kes baharu - PM

2020-10-06 881

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini mengakui bahawa pematuhan SOP yang lemah di sepanjang tempoh kempen PRN Sabah baru-baru ini, merupakan antara punca peningkatan kes baharu Covid-19 .

Katanya, beliau terpaksa membuat SOP tambahan sendiri ketika berkempen kerana hadirin tidak mematuhi SOP yang ditetapkan seperti penjarakan sosial.