Seramai 90 individu yang dikesan sebagai kontak rapat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad telah diuji negatif Covid-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, ini termasuk semua individu lain dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada hari Sabtu lalu yang dihadiri senator itu.