Padah simbah air milo kepada jurutol, lelaki ditahan polis

2020-10-06 6,480

Seorang lelaki yang disyaki menyimbah air minuman ke arah jurutol di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) telah ditahan semalam.

Dalam satu klip audio yang dimuat naik di Facebook hari ini, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman turut mengesahkan bahawa suspek itu juga telah mengeluarkan kata-kata ugutan.

Insiden bermula pada jam 7 pagi apabila kenderaan jenis Perodua Bezza yang dipandu suspek memasuki lorong tol 30 di mana mangsa bertugas untuk menambah nilai kad Touch 'n Go, namun diberitahu hanya boleh ditambah nilai di lorong 28.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=359471771861538