PENYANYI Usop tampil memohon maaf selepas mengakui terlepas cakap dengan menyentuh mengenai bentuk badan Sherry Al Hadad ketika konsert akhir Big Stage 2020.
Ujar Usop, 23, dia diberitahu oleh pihak pengurusannya tentang kemarahan orang ramai di media sosial dan terus meminta maaf kepada Sherry ketika di belakang pentas.
“Pada mulanya pengurus saya beritahu, tapi saya juga terfikir memang ada buat salah... jadi lebih baik saya minta maaf.
“Kak Sherry okay, saya minta maaf pada dia di belakang pentas dan dia beritahu dia okay,” katanya kepada mStar.
Tambahnya, dia menganggap perkara ini sekadar gurauan dan tidak menyangka ia menjadi serius.