Penggerak Komuniti Negara (PKN) Parlimen Klang dan beberapa wakil NGO lain hari ini telah membuat satu laporan polis terhadap kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim baru-baru ini yang didakwa berbaur hasutan dan mengelirukan rakyat.
Menurut PKN, kenyataan Anwar yang mendakwa mempunyai majoriti kukuh dan kerajaan Perikatan Nasional telah runtuh adalah satu tindakan yang cuba untuk melangkaui kuasa Yang di-Pertuan Agong.