Ramai memuji pengarah Michael Ang kini semakin kurus dan berbeza penampilan sebelum ini.
Menurut Michael, perubahan itu berlaku selepas dia menjalani pembedahan gastroplasty atau 'membuang perut' dua tahun lalu.
Meskipun sudah mencapai sasaran dan impian untuk kurus, juri tetap program The Masked Singer Malaysia ini berkata dia kurang selesa dengan imej baharu itu.
“Sebelum ni orang kenal saya dengan berbadan besar, jadi apabila kurus ni rasa macam tak berapa suka!,” katanya