Pertukaran portfolio dalam kabinet di negeri ini adalah mengikut kesesuaian dan tiada masalah untuk melaksanakannya, kata Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah, Bung Moktar Radin.
Beliau berkata perubahan portfolio itu bukan sebuah isu besar, sebaliknya cuma sedikit salah faham antara rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah.
"Perubahan boleh berlaku ikut kesesuaian...tiada masalah," katanya menjawab ringkas tentang perubahan portfolio menteri dipegangnya pada sidang media di kediamannya di Luyang di Kota Kinabalu hari ini.