KM baru: Zahid minta sekutu GRS 'berlapang dada dan berfikiran terbuka'

2020-09-26 8,170

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi meminta rakan-rakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk 'berlapang dada dan berfikiran terbuka' dalam rundingan untuk memilih calon ketua menteri Sabah yang baru.

Menurut Zahid, secara tidak rasmi UMNO telah memenangi 15 buah kerusi daripada kesemua kerusi yang dimenangi gabungan itu, dan secara tidak langsung beliau memberi isyarat bahawa kerajaan baru Sabah perlulah diterajui calon daripada UMNO.