Zahid ikuti perkembangan PRN Sabah sambil jalani kuarantin rumah

2020-09-26 1,195

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengikuti keputusan pilihan raya Sabah melalui sidang video kerana beliau kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dalam satu klip video yang dimuat naik di Umno Online, Zahid dilihat sedang bercakap dengan beberapa pemimpin UMNO termasuk Ketua BN Sabah, Bung Moktar dan Setiausaha Agung BN Annuar Musa.

Zahid menjalani kuarantin di rumah selepas menjadi kontak rapat kepada ahli majlis tertinggi UMNO, Razlan Rafii yang didapati positif Covid-19.

Free Traffic Exchange