Musa Aman ingatkan pengundi jaga SOP ketika keluar mengundi esok

2020-09-25 249

Bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman mengingatkan pengundi supaya menjaga prosedur operasi standard (SOP) ketika keluar pergi mengundi esok.

"Saya minta rakyat jaga kesihatan, gunakan pelitup muka, jarak sosial mesti wujud."

"Ini yang penting. Nyawa kita penting."

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir dalam satu program ceramah bagi DUN Sungai Manila.