Anwar 'persilakan' Muhyiddin bekerjasama, tiada masalah peribadi

2020-09-23 7,719

Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin bagi memastikan peralihan kuasa yang teratur.

"Seandainya beliau bersedia, beliau boleh bersedia berkhidmat dengan apa-apa kedudukan yang sesuai," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.