Kebolehjangkitan pesakit yang tinggi merupakan faktor mengapa pesakit yang disahkan positif Covid-19 tidak dibenarkan mengundi pada pilihan raya negeri Sabah akan datang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata sekiranya proses pengundian ingin dijalankan di mana-mana hospital yang menempatkan pesakit Covid-19, hospital terbabit perlulah diwartakan terlebih dahulu sebagai pusat pengundian.