'BN tak kalah di Sabah, tetapi angkara YB Madius dan UPKO' - Najib

2020-09-21 7,138

Bekas perdana menteri, Mohd Najib Razak menggesa pengundi Sabah untuk kembali memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan di negeri itu.

Katanya, kerajaan negeri di bawah pimpinan Warisan dibentuk melalui pengkhianatan oleh bekas sekutu BN dan tidak akan dapat bertahan lama.

"Di negeri Sabah, kita tak kalah (ketika PRU-14), tetapi angkara yang dibuat oleh Yang Berhormat Madius (Tangau) dan UPKO"

"Kita telah kehilangan kuasa bukan kerana tak dapat mandat daripada rakyat, tetapi kerana beberapa wakil rakyat yang telah lompat, lompat si katak lompat,"

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika berkempen di Kampung Kalansanan, DUN Darau malam tadi.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=391317991883902&ref=watch_permalink

Free Traffic Exchange