Dua pejabat bekas wakil rakyat PKR, Azmin Ali dan Hilman Idham di Selayang telah disita pihak berkuasa tempatan hari ini.
Menurut laporan Sinar Online, penyitaan pejabat di Taman Berjaya, Selayang itu dilakukan oleh Majlis Perbandaran Selayang
Pejabat terbabit sebelum ini menjadi pusat khidmat Azmin dan Hilman.
Untuk rekod Azmin merupakan anggota parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa, manakala Hilman - yang juga setiausaha politik Azmin - adalah Adun Gombak Setia.
Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/543121