Kerajaan hari ini memutuskan untuk memperketat kawalan sempadannya di pantai timur Sabah berikutan lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini di negeri ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara itu kepada sidang media awal petang ini.
Menurutnya, keputusan itu bertujuan untuk mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), di mana PATI yang ditahan kerana memasuki Sabah melalui pantai timur telah menularkan wabak Covid-19 di penjara Tawau.
Penjara Tawau dan lokap polis Lahad Datu merupakan pusat penyebaran wabak Covid-19 di bawah kluster Benteng Lahad Datu.