Bagi calon Warisan DUN Sungai Sibuga, Armani Mahiruddin, peluang akhirnya tiba untuknya melangkah keluar daripada bayang-bayang dua lelaki yang mempunyai pengaruh kuat di negeri ini.
Armani merupakan adik perempuan kepada Yang di-Pertua Sabah, Juhar Mahiruddin, yang mana keputusannya untuk membubarkan dewan undangan negeri telah membuka jalan untuk pilihan raya negeri akan datang.
Beliau juga merupakan bekas pemimpin wanita UMNO dan anggota bahagian Libaran selama lebih 20 tahun di Sungai Sibuga, kerusi yang dipegang oleh bekas ketua menteri, Musa Aman sejak 1994.