Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal sekali lagi menyelar pihak-pihak yang menggelar Warisan sebagai parti PTI (pendatang tanpa izin).
Menyebut nama-nama tokoh politik seperti bekas ketua menteri, Musa Aman; presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Anifah Aman dan presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Jefrrey Kitingan, Shafie memberikan amaran keras kepada mereka agar jangan keterlaluan menghina dirinya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di program Santai Pagi bersama Presiden Warisan, di Kunak hari ini.