Pegawai KKM arah penyokong BN Limbaran patuh penjarakan sosial

2020-09-12 1,357

Seorang pegawai Kementerian Kesihatan telah mengarahkan para penyokong Barisan Nasional yang berkumpul di bawah khemah di luar Bilik Gerakan BN Limbaran untuk menjaga penjarakan sosial dan menggunakan pelitup muka.

Menurutnya, beliau telah menerima aduan mengenai perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh penyokong BN di kawasan itu.