Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor akan dilantik sebagai ketua menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan negeri itu daripada parti Warisan atau gabungan Warisan Plus.
Walau bagaimanapun, kata perdana menteri, bahawa keputusan itu perlu dipersetujui daripada sekutu-sekutu Bersatu.
Beliau berkata demikan ketika berucap di pekarangan Ibu Pejabat Bersatu Tuaran sambil disambut sorakan dan tepukan daripada orang ramai.