300 penyokong Warisan bawa bendera bersurai selepas dihampiri polis

2020-09-12 1

Beberapa ratus meter dari Dewan Masyarakat Semporna, kira-kira 300 orang berkumpul di bulatan jalan membawa panji-panji Warisan. Mereka bersorak "Warisan" dan "takbir".

Mereka rata-ratanya memakai baju Warisan yang tertulis "Tetap teguh bersama DSSA" dipercayai merujuk presiden Warisan Shafie Apdal. Shafie bagaimanapun tidak kelihatan.

Kira-kira sepuluh minit kemudian, himpunan itu bersurai selepas beberapa pegawai polis menghampiri lokasi.

Polis turut menjaga lalu lintas di jalan yang sedikit terganggu akibat perhimpunan tersebut.