KKM: Tahanan baru harus diasingkan selama 14 hari terlebih dahulu

2020-09-10 572

Pihak berkuasa harus mengasingkan tahanan baru sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mereka dibenarkan bercampur dengan tahanan lain di pusat tahanan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini berikutan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 di kalangan banduan dan tahanan penjara di Lahad Datu dan Tawau, Sabah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya penyebaran wabak Covid-19 di Penjara Tawau ada kaitan dengan perlaksanaan SOP di pusat tahanan.