Senator Muhammad Zahid Md Arip hari ini mencadangkan agar Seri Perdana dinaik taraf seperti Rumah Putih di Amerika Syarikat dan 10 Downing Street di England.
Anggota Dewan Negara lantikan Bersatu itu berkata, jika kompleks sebesar itu hanya dijadikan kediaman rasmi perdana menteri dikhuatiri ia akan menjadi projek gajah putih.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan menjujung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong sempena persidangan Dewan Negara hari ini.