Guan Eng yang buat rundingan projek sisa pepejal, kata setiausaha politik Zuraida

2020-09-03 14

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin tidak terlibat dalam projek rundingan langsung sisa pepejal Taman Beringin, kata setiausaha politiknya.

Nor Hizwan Ahmad berkata, sebaliknya bekas menteri kewangan Lim Guan Eng yang membuat rundingan projek itu dengan kontraktor, Bumi Segar Indah Sdn Bhd menurut surat yang dikeluarkan syarikat itu.

Sebelum ini, Zuraida mengatakan projek sisa pepejal Taman Beringin bernilai RM170.3 juta telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 20 Februari 2019, yang ditujukan kepada ketua setiausaha kementeriannya.