Shafie- Arahan sekat Guan Eng masuk Sabah datang dari Putrajaya

2020-09-02 11

Lim Guan Eng ditahan seketika ketika memasuki Sabah kerana berada di bawah senarai pantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Shafie Apdal hari ini.

Ketua menteri Sabah itu berkata dia dimaklumkan oleh pengarah Jabatan Imigresen Sabah bahawa perintah itu dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan.

Kata Shafie, perkara ini harus diselaraskan pihak berkuasa negeri kerana di bawah perlembagaan, kuasa imigresen berada di bawah bidang kuasa negeri.