Pengganas kulit putih yang terlibat dalam insiden tembakan masjid di New Zealand tahun lalu tiba di Auckland semalam bagi menjalani hukuman penjara seumur hidup.
Brenton Tarrant akan dipenjara seumur hidup tanpa pembebasan bersyarat di penjara keselamatan maksimum Paremoremo Auckland, individu pertama di New Zealand yang menerima hukuman itu.
Rakyat Australia berusia 29 tahun itu mengaku bersalah ke atas 51 tuduhan pembunuhan, 40 tuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan melakukan tindakan pengganas semasa kejadia menembak dua masjid Christchurch pada tahun 2019, yang disiarkan secara langsung di Facebooknya.