'Kita sebenarnya belum sedia tubuh kerajaan, tapi kita cuba urus dengan baik'

2020-08-26 5,445

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan mendedahkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional belum bersedia untuk menubuhkan kerajaan ketika mengambil alih pemerintahan Februari lalu, namun cuba mengurus negara dengan baik.

Terdahulu beliau menjelaskan kejatuhan pemerintahan Pakatan Harapan bukanlah disebabkan oleh Umno dan PAS, tetapi berpunca dari krisis dalaman PH sendiri dan perletakan jawatan oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian pada Majlis Taqarrub bersama Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak, Dr Zambry Abdul Kadir ketika turun berkempen untuk PRK DUN Slim di PDM Besout 4 malam tadi.

Sumber video:
https://www.facebook.com/watch/live/?v=373233890360700&ref=watch_permalink

Free Traffic Exchange