Bersatu- Sayap bukan bumiputera tak gugat kedudukan dalam MN

2020-08-24 320

Langkah Bersatu mewujudkan sayap baru bagi membolehkan ahli bersekutu bukan bumiputera memegang jawatan dalam parti, dilihat tidak akan menggugat kedudukan parti dalam Muafakat Nasional (MN).

Memetik laporan Bernama, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata, bagaimanapun sebarang perubahan yang dibuat perlu mengikut perlembagaan parti serta demi kepentingan bersama pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.