Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali harus dipuji kerana melakukan perjalanan ke Turki semasa wabak Covid-19 untuk 'menyelamatkan negara', dan bukannya dikeji kerana melanggar perintah kuarantin wajib.
Azeez mendakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah 'bergaduh' dengan banyak negara dan Khairuddin pergi ke Turki untuk memperbaiki hubungan dengan negara itu.
Beliau berkata demikian ketika membidas soalan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai tindakan kompaun yang dikenakan terhadap Khairuddin kerana gagal menjalani kuarantin wajib selama 14 hari setelah kembali dari Turki pada 7 Julai.