'Presiden bijaksana, saya yakin beliau akan ambil tindakan sewajarnya'

2020-08-19 18

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sudah lama berkecimpung dalam bidang politik dan beliau sememangnya bijaksana dalam membuat keputusan.

"Mungkin kali ini Presiden ada terlepas pandang beberapa perkara tapi saya yakin Presiden akan ambil tindakan sewajarnya," katanya dalam sidang media tergempar semalam di Kuala Lumpur.

Dalam sidang media itu, beliau menggesa Ahmad Zahid Hamidi untuk mengkaji semula keputusan pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah itu.

Free Traffic Exchange