Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin membayangkan lebih banyak kematian akibat Covid-19 akan berlaku sekiranya kerajaan Pakatan Harapan masih memerintah.
Katanya lagi, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah berjaya menangani krisis Covid-19 di negara ini dengan berkesan walaupun PH menganggap kerajaan PN tidak stabil kerana mempunyai majoriti tipis.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang peruntukan Covid-19 di Dewan Rakyat hari ini.