Speaker kata tiada kuasa betulkan hantaran FB Najib

2020-08-18 58

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai hantaran Facebook yang dibuat oleh bekas perdana menteri Najib Razak.

Najib (BN-Pekan) semalam mendakwa pembangkang telah berusaha menggagalkan "belanjawan Prihatin" kerajaan untuk menyelamatkan ekonomi dari krisis Covid-19.

Perkara tersebut sebelumnya dibangkitkan oleh Hannah Yeoh (PH-Segambut) dan turut mendapat gesaan oleh Hanipa Maidin (PH-Sepang) yang mendakwa Najib cuba memperdaya orang ramai.

Pengundian secara blok semalam adalah untuk rang undang-undang (RUU) menyusun semula Belanjawan 2020 bagi memudahkan pembentukan kementerian baru yang ditubuhkan kerajaan Perikatan Nasional.